Ke hadapan suami tercinta dan anak tersayang,
Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi tatkala suka dan duka, terima kasih kerana hadir dalam hidup dan menjadikan diriku ini bergelar seorang isteri dan ibu. Terima kasih atas segala memori dan kasih sayang yang diberi. Ucapan terima kasih tidak cukup untuk diluahkan bertapa bersyukurnya atas kehadiran kalian di dalam hidup ini. Diriku hanya mampu memohon kepada Sang Pencipta agar diberikan kebahagian buat keluarga kecil kita ini di dunia dan akhirat kelak, Amin.
Yang benar,
Intan Nuralisa
Seorang isteri dan ibu